Monday, November 29, 2010

resdung!!!

assalamualaikummm...

test...test..test...cek baru nak belajar menulis....
merapu2 sat kat sini.....

terasa plak nak tulis bab resdung nih (sbb cek pun kena jugak)..kalo xpanggil resdung muleh jugak panggil
sinusitis (glamor dikit kan?)..hehe

meh kita cek simptom2 resdung nih...ambik pen tnda rite kalo ada naa...

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
haaa!!! ada dak?...kalo ada tu xtaw la..tudiaaa haru naa..
cepat p rawat....cam2 rawatan disediakan..pastu ada yg ceta pasai kuar ulat lagi..
TAPI !!!

mai kot mana ulat tu???...
meh kita baca sama-sama atikel nih

Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

haaa..camna tu plak?

ni lak kesan nya..huhu..takot baca

Komplikasi resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
jgn takot..jgn risaw..setiap penyakit pasti ada penawar....kecuali mati...
erm....cam2 ada kaedah skrg nih..nak ngan xnak jah...

motif utamanya nak share pengalaman g wat treatment resdung ni..
amat lah terok rasanya..tapi PUAS.....huhu
abis keluar semo benda maklah yg xguna lagi mudaratkan dalam rongga rasanya..
peritnya rasa tym tuh..tapi..

xsanggup lagi haaaacummm pagi2...
soksrekkkkk2....(pengguna tisu paling byk kat ofce)
sebb tu wat jugak treatment tu...
harga kat pusat rawatan ni pun ok la jugak...
cewek2 situ santek2 naaa...(org laki...org laki jah wat) xcampur..
pusat tu nama Al-Munawwarah..depan shahab perdana tu...
ubat2tan pun guna kaedah IMP..so xperlu lagi ragu2..

sekarang tgh on treatment...harapnya...bole atasi masalh ni..
takat skrg..rasa fresh..
ubat tu besh rasanya...manissss...n sedappp.
tapi...ubat tu ada kesan kejap..untuk lawan bakteria2 resdung yg kat rongga sinus tuh
tapi..sedang mengalami kesan2 ubat..haduii..
kuat..kuat..kuat... :((