Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?
  
 Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat  tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk  dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya  tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang  lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak  ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya  telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu  suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian  tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput  mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput  ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke  dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu  ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan  :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah  seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia  adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi,  "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak,  siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam  rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya  perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia  berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan  mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.  "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu  perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang  lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih  baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan  diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu  kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih  Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada  tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah  masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke  arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.  Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya  cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua  menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan  tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana  sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu  juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"